◉ HEADLINES

Fahmi ingatkan media rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO

Menteri Komunikasi itu mengulas perkongsian video yang dimuat naik ‘capricedaddycap’ semalam, berhubung sekumpulan petugas kesihatan NGO yang dilaporkan terkandas di Rafah, Gaza

3:38 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Semua pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) terutama di negara bergolak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini, beliau berkata, langkah itu bertujuan menjamin keselamatan petugas media ketika membuat liputan serta mengelak sebarang kejadian tidak diiingini.

“Kita (pengamal media) kena rujuk dengan Wisma Putra kerana biasanya memang ada garis panduan yang diberikan. Kementerian Komunikasi nak wartawan dan rakan media yang ingin mengikuti program seumpama ini, aspek keselamatan menjadi keutamaan dan hak mereka untuk buat pelaporan.

“Kita mahu pastikan mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan tugas. Dua perkara ini menjadi keutamaan iaitu keselamatan dan kebebasan untuk membuat pelaporan di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkongsian video yang dimuat naik pempengaruh media sosial melalui akaun Instagram ‘capricedaddycap’ semalam, berhubung sekumpulan petugas kesihatan NGO yang dilaporkan terkandas di Rafah, Gaza.

Pada kapsyen video berdurasi lebih seminit itu, pempengaruh itu memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan membantu tujuh petugas kesihatan NGO itu untuk keluar dari Rafah yang semakin berbahaya serta mengancam keselamatan mereka.

Merujuk kepada kandungan video berkenaan, Fahmi berkata, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu namun akan berusaha mencari jalan bagi memastikan kumpulan petugas kesihatan berkenaan berada dalam keadaan selamat.

“Saya belum mendapat maklumat terperinci dari Wisma Putra. Insya-Allah kita akan rujuk dahulu apakah status dan apakah tindakan yang boleh diambil, tetapi kita ambil maklum semestinya isu keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan seumpama, ini memang dalam perhatian Wisma Putra,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related