◉ HEADLINES

‘Minta maaf kami kekurangan doktor’, coretan di papan putih hospital kerajaan runtun hati netizen

Menurut tulisan tangan itu, ada antara pegawai perubatan berkenaan akhirnya meletakkan jawatan dan bertugas di sektor swasta

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesesakan akibat bilangan pesakit yang ramai di hospital kerajaan bukan perkara baharu, malah sering diperkatakan masyarakat.

Suka atau tidak, ia masih tetap harus didepani pesakit atau pegawai perubatan, sehingga masing-masing perlu menunggu dan bekerja lama yang boleh mencetuskan stres.

Terbaru, tular di media sosial foto papan putih tertera luahan dikongsikan seorang individu yang mendakwa ia dipercayai ditulis kakitangan Hospital Kulim, Kedah.

“Katanya berlaku di Hospital Kulim. Betulkah?” soal individu terbabit.

Kata-kata luahan itu memaklumkan hospital berkenaan berdepan kekurangan pegawai perubatan yang mungkin menyebabkan pesakit perlu menunggu hingga lima jam.

Lebih menyedihkan apabila luahan itu menyatakan pegawai perubatan perlu bertugas sehingga terlalu penat dan sakit, tetapi masih bekerja kerana jumlah staf sedikit.

Menurut tulisan tangan itu, ada antara pegawai perubatan berkenaan akhirnya meletakkan jawatan dan bertugas di sektor swasta.

“Selamat pagi, minta maaf, kami menghadapi kekurangan doktor, masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.

“Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit masih kerja, ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta,” menurut luahan itu.

Malah, ia meminta supaya orang ramai memahami kekangan dihadapi dan memohon maaf atas kekurangan didepani.

“Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit.

“Harap tuan-tuan dan puan-puan faham, minta maaf,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan memberikan pandangan masing-masing.

“Tahniah kerana anda berani bersuara dan jujur meluahkan secara terang-terangan, sesungguhnya saya yakin ramai yang ingin bersuara seperti ini tetapi tak mampu dan tiada keberanian,” kata She.

“Benda ini tak payah nak hairan, sebab memang ada kepenatan mental dan psikologi, asyik nak suruh petugas kesihatan jaga untuk rakyat, tapi siapa nak jaga kesihatan dan kebajikan petugas kesihatan,..” tulis seorang netizen.

“Saya tabik kat doktor-doktor kerajaan yang masih berjuang,” komen Fadili.

“Lima jam saya boleh memandu dari Kuala Terengganu ke Muar, Johor, macam balik kampung pula lama tunggu doktor,” ujar Rahman.

“Sad truth (kebenaran yang menyedihkan),” kata Syawal.

“Bukan senang wooo kerja kat hospital kerajaan, pesakit terlalu ramai, kesian depa kadang-kadang tak cukup rehat, dengan staf tak cukup, apapun kami hargai jasa staf hospital, hormat anda, ambil lah masa untuk rehat,” respon Azuan. – 16 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related