HEADLINES

Dua terperangkap dalam kereta dihempap pokok tumbang

Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib dua lelaki yang terselamat selepas terperangkap dalam kenderaan mereka yang dihempap pokok tumbang di Jalan Datuk Kumbar dekat Alor Setar, Kedah, hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 38 dan 61 tahun berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.43 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Tambahnya, pokok yang tumbang itu tidak menghalang lalu lintas dan operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.04 petang.

Terdapat beberapa kes pokok tumbang di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ini mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.

Ia susulan arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang meminta DBKL menebang pokok yang berisiko tinggi.

Kejadian ribut pada 7 Mei lalu menumbangkan sebatang pokok berusia lebih 50 tahun di Jalan Sultan Ismail sehingga mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan dua lagi.

Arahan Zaliha kepada DBKL dibuat selepas insiden ribut kedua pada 13 Mei yang menumbangkan sebatang lagi pokok tua di Jalan Pinang sehingga merosakkan beberapa kereta dan motosikal. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related