HEADLINES

Pelbagai faktor sumbang perlakuan ganas

Perbuatan ganas banyak dipengaruhi apabila seseorang itu berada dalam keadaan kesihatan mental yang kurang baik

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selain terlibat dengan organisasi kumpulan pengganas, terdapat pelbagai kemungkinan lain yang membuatkan seseorang individu cenderung melakukan keganasan sehingga bertindak di luar norma sehingga menyebabkan kematian orang lain.

Bercakap kepada Scoop, Pakar Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Ahmad Rostam Md Zin berkata, selain daripada impak idea keganasan melampau yang mungkin dipelajari menerusi organisasi tertentu, kecenderungan bertindak ganas boleh disebabkan pengaruh dadah.

Dari sudut lain katanya, ia juga disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol.

Perlakuan ganas sering dilakukan individu yang terlibat dalam kesalahan jenayah, contohnya pemerasan, perampasan atau dalam keadaan terdesak. – Gambar media sosial, 19 Mei, 2024

Namun begitu dalam kebanyakan kes, perbuatan ganas banyak dipengaruhi apabila seseorang itu berada dalam keadaan kesihatan mental yang kurang baik seperti pengaruh gejala halusinasi tertentu jika tidak mendapat rawatan yang sebetulnya.

“Selain daripada impak indoktrinasi idea keganasan melampau, kecenderungan ganas seseorang individu boleh juga diakibatkan oleh pelbagai faktor lain.

“Antaranya seperti kegagalan fungsi eksekutif otak diakibatkan oleh kecederaan atau masalah perubatan lain turut menyumbang, yang mana sifat keganasan mereka tidak terancang dan serta tidak disedari oleh individu itu sendiri.

“Pengaruh gejala delusi atau halusinasi tertentu yang dibiarkan tidak dirawat (juga boleh menyumbang kepada perlakuan ganas),” katanya.

Menurut beliau, perlakuan ganas sering dilakukan individu yang terlibat dalam kesalahan jenayah, contohnya pemerasan, perampasan atau dalam keadaan terdesak seperti ingin menyembunyikan bukti atau sebagainya.

Terdahulu, Scoop melaporkan dua anggota polis terkorban selepas diserang suspek yang menggunakan parang dan pistol di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu.

Insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang, sebelum turut mati ditembak.

Dua anggota PDRM dilihat mengumpulkan maklumat dan bukti di lokasi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat. – Gambar PDRM, 19 Mei, 2024

Dua anggota terkorban yang meninggal dunia di tempat kejadian berkenaan adalah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, iaitu anggota prowler di balai polis berkenaan.

Ahmad Azza Fahmi ditetak di belakang leher dan kepala manakala Muhamad Syafiq ditembak di perut dan lengan.

Mangsa cedera adalah anggota Unit Cegah Jenayah (RCJ), Koperal Mohd Hasif Roslan yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HIS), Johor akibat ditetak di bahu serta pinggul kiri dan dilaporkan stabil.

Setakat ini, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam ditahan. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related