HEADLINES

Terima surat ugutan berserta dua butir peluru, Teresa Kok lapor polis ancaman bunuh

Ahli Parlimen Seputeh itu menerima sampul surat berisi dua butir peluru bersama nota ugutan yang dihantar di peti surat rumahnya

6:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima ancaman bunuh menerusi sampul surat mengandungi dua butir peluru yang dimasukkan ke dalam peti suratnya semalam.

Beliau ketika mendedahkan perkara berkenaan menerusi Facebooknya memaklumkan, selepas membuka sampul surat itu, terdapat sekeping kertas putih yang bertulis perkataan ugutan.

“Semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya, saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.

“Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis “C** Cina?! Lu akan mati ! Tunggu!”,’’ demikian tulisnya di dalam akaun media sosialnya.

Berikutan itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP membuat laporan polis dan turut menyerahkan surat serta peluru itu kepada pihak berkuasa.

“Polis juga datang ke bahagian peti surat di kondominium saya untuk menjalankan pemeriksaan.

“Saya memang hairan dan tidak bererti (tidak faham) kenapakah saya terima peluru dan surat yang penuh ugutan seperti ini.

‘Saya berterima kasih kepada pihak polis atas tindakan pantas selepas saya buat laporan. Saya yakin pihak polis dapat membantu saya dalam kes ini,’’ kata beliau.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dan pegawainya mengadakan pertemuan dengan Teresa berkaitan ugutan bunuh yang diterimanya. – Gambar Facebook Teresa Kok, 19 Mei, 2024

Pada 9 Mac lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan dii hadapan rumah keluarganya di Ayer Tawar, Perak.

Beberapa kertas bertaburan di hadapan rumah ibunya pada jam 7.30 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.

Ancaman sama turut diterima oleh Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham apabila rumahnya dilontar dengan ‘molotov cocktail’ pada 10 Januari lalu.

Kejadian itu menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lain mengalami kerosakan. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related