HEADLINES

Serangan Ulu Tiram: Hanya 7 individu direman setakat ini

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya tujuh individu kekal direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, M. Kumar berkata, ketika ini siasatan berhubung kes berkenaan masih lagi dijalankan.

“Setakat ini tujuh individu masih ditahan reman. Siasatan masih diteruskan.

“Sekiranya ada perkembangan terbaru, kita akan maklumkan. Sehingga itu beri ruang untuk polis jalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tujuh individu direman seminggu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu, susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek selepas kejadian berlaku.

Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Sementara itu, Koperal Mohd Hasif Roslan yang dilaporkan parah dalam kejadian tersebut kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related