HEADLINES

Masak mi segera di stesen minyak: Keterangan 15 individu selesai dirakam

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu yang terlibat dalam aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, keterangan 10 lelaki dan lima wanita itu diambil selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin.

“Polis menahan mereka sebaik hadir ke IPD Bentong sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakamkan.

“Kertas sisatan sedang dilengkapkan, polis akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang, seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung klip video berhubung aktiviti berkenaan.

Menurutnya, ia dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, Scoop melaporkan mengenai tindakan sekumpulan individu yang memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands sehingga mengundang kemarahan ramai.

Ia bukan sahaja mengancam keselamatan ramai malah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related