HEADLINES

Ebit Lew hantar 70 mesej berunsur lucah dalam tempoh lebih satu jam: Saksi

Saksi itu berkata walaupun ketika itu bulan Ramadan, Ebit Lew tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya

5:27 PM MYT

 

TENOM — Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya, antara 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Wanita berusia 40-an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Saksi itu berkata walaupun ketika itu bulan Ramadan, Lew tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya dan merasakan ayat-ayat lucah dan memuji dalam mesej itu, mengaibkan kehormatannya.

Pengadu itu berkata dia melihat karakter Ebit Lew di media sosial sangat berbeza daripada mesej-mesej yang dihantar oleh pendakwah itu, yang dilihat sering menyebut isterinya sebagai seorang bidadari.

“Tapi apabila dia (Ebit Lew) mesej macam tu, seolah-olah dia anggap perempuan ni hanya tujuan seks semata-mata,” katanya ketika dalam pemeriksaan utama itu.

Wanita itu berkata selain menghantar mesej diawal pagi hingga ke malam, Ebit Lew juga akan membuat panggilan telefon kepadanya dan menggunakan bahasa lucah.

Pada prosiding hari ini, Zahida juga memohon supaya pertuduhan pertama terhadap Ebit Lew dipinda secara lisan pada bahagian waktu, iaitu dari pukul 6 pagi kepada 8.07 pagi.

Mahkamah membenarkan pindaan itu dibuat selepas saksi memberi keterangan, iaitu kronologi kejadian dia menerima gambar kemaluan tertuduh pada 29 Mac 2021 pada pukul 8.07 minit pagi.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related