◉ HEADLINES

Azmin Ali dakwa siasatan polis sebagai cubaan ‘menakutkannya’

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menerima satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah pada 7 Mei lalu susulan kenyataannya dalam DUN Selangor Mac lalu

9:17 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, esok.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Selangor berkata, beliau telah menerima satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah pada 7 Mei lalu.

Katanya, ia susulan kenyataannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu yang mendedahkan mengenai dakwaan penyelewengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Tindakan mengeluarkan notis berkenaan secara jelas melanggar perundangan dan ia adalah cubaan bagi menakutkan saya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Adun dan Ketua Pembangkang.

“Susulan itu, saya sudah arahkan peguam untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap tindakan atau keputusan pihak polis mengeluarkan notis berkenaan,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata tindakan mengeluarkan notis berkenaan secara jelas melanggar perundangan dan ia adalah cubaan menakutkannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Adun dan Ketua Pembangkang. – 21 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

BDS Malaysia says has never called for boycott of KFC

NGO chief says customers snubbing fried chicken franchise mainly due to prices

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related