◉ HEADLINES

Kediaman pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi dipecah masuk

Beberapa barangan didapati hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport

9:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kediaman pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk ketika dia menjalani sesi latihan bersama pasukan petang semalam.

Perkara itu dikongsi Khuzaimi menerusi laman media sosial Instagram sambil mengepilkan salinan laporan polis dibuatnya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dalam laporan polis itu, Khuzaimi mendakwa, dia bergerak ke pusat latihan pada jam 2 petang dan apabila tiba di rumahnya pada jam 9 malam, didapati pintu depan dan belakang rumah telah terbuka.

Salinan laporan polis yang dibuat Khuzaimi Piee di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam – Tangkapan layar, 23 Mei, 2024

Menurutnya, setelah memeriksa keadaan rumah, beberapa barangan didapati hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim pula memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat,

Kejadian terbaharu itu menghantui pemain Selangor selepas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid baru-baru ini.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang membataskan pergerakan dan percakapannya. – 23 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

◉ Related