HEADLINES

Pesawat Saudi alami masalah teknikal, penerbangan 56 bakal haji ditunda

Penjadualan semula penerbangan kumpulan kecil bakal haji ini tidak menjejaskan jadual penerbangan bagi kumpulan bakal haji yang lain dan akan berjalan seperti biasa

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan terdapat perubahan jadual penerbangan bagi 56 orang bakal haji daripada kumpulan KT043 susulan pesawat Saudi Airlines, SV5091, yang dijadual berangkat pada jam 6.30 pagi tadi mengalami masalah teknikal.

Bahagian Komunikasi Korporat TH memaklumkan, pesawat itu pada awalnya akan membawa seramai 353 orang jemaah dari balai pelepasan Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang, Selangor.

“Lantaran itu, sebuah pesawat gantian diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membawa 297 bakal haji daripada kumpulan jemaah berkenaan dan berlepas dari KLIA pada hari yang sama, jam 10.36 pagi menuju ke Madinah.

“Selebihnya, seramai 56 orang bakal haji dari kumpulan berkenaan pula dijadualkan untuk berlepas dengan penerbangan Saudi Airlines seterusnya pada jam 5.35 petang esok menuju ke Jeddah dan kemudian akan diterbangkan ke Madinah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut TH, pihaknya akan menyediakan penginapan dan makanan kepada 56 bakal haji terbabit di MHCC, Sepang sehingga tarikh penerbangan baharu bagi memastikan kebajikan mereka terjaga sepenuhnya.

Katanya, penjadualan semula penerbangan kumpulan kecil bakal haji ini tidak menjejaskan jadual penerbangan bagi kumpulan bakal haji yang lain dan akan berjalan seperti biasa. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related