◉ HEADLINES

ICJ arah Israel henti serang Rafah

Keputusan dibuat 15 panel hakim itu sah dan perlu dilaksanakan walaupun mahkamah dunia itu sukar menguatkuasakan perintah berkenaan

11:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel menghentikan serangan ke atas bandar Rafah di Gaza, dengan menyatakan risiko besar kepada rakyat Palestin.

Keputusan dibuat 15 panel hakim itu sah dan perlu dilaksanakan walaupun mahkamah dunia sukar menguatkuasakan perintah berkenaan.

Presiden ICJ, Nawaf Salam berkata, keputusan itu menyatakan bahawa langkah sementara diberikan mahkamah pada Mac lalu, gagal menangani pengepungan di Gaza, justeru ia memerlukan perintah segera baharu.

Israel mesti ‘segera menghentikan serangan ketenteraannya dan apa-apa tindakan lain di Gabenorat Rafah yang mungkin menyebabkan, kumpulan Palestin di Gaza mengalami kemusnahan secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Salam seperti dipetik Al Jazeera.

Laporan itu juga mengatakan bahawa situasi kemanusiaan di Rafah digambarkan sebagai ‘bencana’ dan ‘sangat teruk’.

Israel turut diarahkan kembali ke ICJ dalam masa sebulan untuk melaporkan perkembangan dalam mematuhi perintah terkini ditetapkan mahkamah itu.

Keputusan itu dibuat selepas Afrika Selatan meminta ICJ menghentikan serangan Israel di Gaza, khususnya di Rafah, dengan berhujah bahawa arahan terbabit perlu bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin.

Israel mengabaikan keputusan ICJ sebelum ini.

Walaupun badan undang-undang tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiada cara menguatkuasakan keputusannya, ia mempunyai beban signifikan di peringkat antarabangsa.

Mahkamah sebelum ini menolak permintaan Israel membuang kes itu dan mengarahkan negara berkenaan mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, sambil berhenti mengarahkan penghentian operasi ketenteraan Israel.

Israel melancarkan serangannya ke atas Gaza selepas militan yang diketuai Hamas menyerbu ke selatan Israel pada 7 Oktober, sehingga membunuh 1,200 orang dan ‘merampas’ lebih 250 tebusan, seperti dinyatakan Israel.

Lebih 35,000 rakyat Palestin terbunuh, dengan sekurang-kurangnya 10,000 hilang, kata Kementerian Kesihatan Gaza. – 24 Mei 2024

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

◉ Related