HEADLINES

Kami tak gila lagi nak langkah kubur orang: Wanita jelaskan itu kubur palsu

Penjelasan berkenaan tidak meredakan kemarahan ramai malah netizen meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi menjadikan ia sebagai pengajaran

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas menerima kecaman hebat kerana memuat naik konten ‘langkah kubur’ di media sosial, seorang wanita tampil memohon maaf dan menjelaskan ia adalah kubur palsu yang dibuat untuk penggambaran.

Memperkenalkan dirinya sebagai Keknan Judge, dia membuat penjelasan itu menerusi akaun TikToknya dalam klip video berdurasi 2.36 minit.

Keknan Judge juga menyatakan kubur itu adalah kosong dan dikorek semata-mata untuk penggambaran video pendek mengenai kisah syaitan dan kandungan yang dimuat naik itu adalah bahagian pertama.

“Saya faham benda yang dimuat itu mengundang fitnah, jangan risau tiada orang dalam tu dan kami tak gila lagi nak langkah kubur orang.

“Kita masih tahu adab dan rasa hormat pada orang yang hidup atau sudah meninggal,’’ katanya.

Semalam, tular di media sosial mengenai tindakan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan, sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Perbuatan berkenaan disifatkan sebagai melampaui batas dan keterlaluan apatah lagi ia dilakukan di sebuah tanah perkuburan.

Dalam pada itu, Keknan Judge yang menghasilkan filem pendek di dalam YouTube turut memohon maaf pada penduduk kampung yang terlibat, kerana menggunakan tanah perkuburan tersebut untuk penggambaran filem pendeknya.

Namun nama kampung terbabit bagaimanapun tidak didedahkan.

“Saya tiada niat untuk kurang ajar di tanah perkuburan korang. Yang penting kubur tu kosong.

“Saya ingat nak buat part 1 dan part 2 tapi sayangnya part 1 dah tular macam tu. Saya minta maaf sekali lagi,’’ katanya.

Bagaimanapun penjelasan berkenaan tidak meredakan kemarahan ramai malah mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi menjadikan ia sebagai pengajaran kepada semua.

Menurut mereka, meskipun kubur itu palsu, namun ia dibuat di dalam kawasan tanah perkuburan. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related