HEADLINES

MCMC Melaka ‘turun padang’ didik masyarakat perangi berita palsu

MCMC Melaka juga mengadakan pameran ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mendidik masyarakat agar tidak mudah terjebak dengan penipuan dalam talian

1:42 PM MYT

 

MELAKA – Dalam usaha memerangi berita palsu dan mendidik masyarakat mengenai penggunaan Internet dengan selamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka ‘turun padang’ memberi penerangan sempena Karnival Riuh x Hari Belia Negara di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini.

Pengarah MCMC Melaka Syed Isa Alsagoff berkata pihaknya memberi penerangan kepada pengunjung reruai agensi itu mengenai laman sesawang Sebenarnya.my yang merupakan sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita tidak ditentukan kesahihannya.

“Menerusi laman sesawang tersebut, pengunjung boleh mendapatkan maklumat tepat mengenai sesuatu berita yang tular dan mereka juga menentusahkan sendiri kandungan berita itu.

“Kita juga mengadakan pameran ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mendidik masyarakat agar tidak mudah terjebak dengan penipuan dalam talian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata MCMC Melaka juga menyediakan permainan dalam talian seperti PlayStation 5 (PS5) serta pengenalan mengenai ‘virtual reality’ kepada pengunjung terutama golongan belia.

Menurutnya, pihaknya juga memberi peluang kepada usahawan yang menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) untuk turut sama menyertai program keusahawanan sempena karnival tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum ini dilaporkan berkata program di bawah Kembara Riuh anjuran MyCreative Ventures Sdn Bhd itu akan membawakan 12 vendor yang menawarkan pelbagai barangan seni dan kreatif serta makanan sempena sambutan Hari Belia Negara.

Pengunjung juga boleh menikmati konsert secara percuma pada malam Sabtu dan Ahad melibatkan penyertaan kumpulan popular seperti Hujan, Insomniacks, Dolla, Bunga, iamNeeta dan beberapa artis indie. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related