HEADLINES

Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling pulih sepenuhnya esok

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki ke kawasan terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekalan air di 19 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling yang terjejas susulan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam, akan pulih sepenuhnya 6 pagi esok.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, kerja pembaikan itu dijalankan pada jam 5.30 pagi tadi dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap serta sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang terlibat ialah Bandar Putra Heights, Seksyen 23, Seksyen 27, Taman Subang Mas, Taman Sentosa – Jalan Hulubalang, Pinggiran Subang USJ/3, Kampung Bukit Lanchong dan Seksyen 34.

Air Selangor, katanya akan menggerakkan lori tangki ke kawasan terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

“Keutamaan adalah premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Perkembangan berkaitan insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,’’ katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related