HEADLINES

Kem pelarian Rafah dibedil, sekurang-kurangnya 35 maut

Kementerian Kesihatan Gaza ketika mengesahkan angka korban itu memberitahu belum pernah dalam sejarah pembunuhan beramai-ramai dilakukan di hadapan dunia

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban akibat kekejaman berterusan Israel yang membedil kem pelarian Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Khemah-khemah yang menempatkan perlindungan kepada penduduk Palestin itu diiktiraf oleh Israel sebagai zon selamat di Tel as-Sultan.

Kementerian Kesihatan Gaza ketika mengesahkan angka korban itu memberitahu belum pernah dalam sejarah pembunuhan beramai-ramai dilakukan di hadapan dunia.

“Ini yang berlaku di Gaza ketika ini,” katanya dalam kenyataan sambil menyatakan bekalan air, makanan, perubatan, elektrik dan bahan api mengalami kekurangan yang teruk.

Dalam pada itu, jurucakap Palang Merah Palestin memberitahu angka korban dijangka meningkat ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

Serangan ini berlaku dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel menghentikan operasi ketenteraan di Rafah.

Mahkamah memutuskan demikian dan mengarahkan Israel menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, yang menjadi tempat perlindungan terakhir di selatan Gaza dan menempatkan kira-kira sejuta pelarian.

Sekurang-kurangnya 35,984 penduduk Palestin telah terkorban dengan 80,643 orang cedera dalam peperangn Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, tentera Israel mendakwa dua pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan di Rafah termasuk Ketua Staf Hamas di Tebing Barat, yang dinamakan sebagai Yassin Rabia. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related