HEADLINES

Isu 3R bukan untuk menakutkan rakyat: PM

Teguran dan pandangan boleh diberikan, namun perbuatan yang merosakkan, memecahbelah, menghasut, menghina kaum serta agama tidak dibenarkan

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu mengenai 3R (agama, kaum dan raja) bukan bertujuan untuk membangkitkan ketakutan rakyat malah teguran, pandangan dan cadangan boleh dikemukakan namun ada batasannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Anwar, perbuatan yang merosakkan, memecahbelah, menghasut, menghina kaum dan agama yang tidak dibenarkan.

Malah, wacana yang sihat mengenai dan kaum dan agama dibolehkan termasuk mengkritik beberapa pelaksanaan serta polisi, sebagai contoh dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kalau perlu ada pandangan tertentu dalam kalangan orang Kristian, atau sambutan Gawai, atau mengatakan dalam masyarakat Islam atau dikritik beberapa pelaksanaan dalam Jabatan Agama Islam, Jakim, tiada salahnya.

“Jangan guna hujah tidak boleh disentuh sama sekali, ini tidak benar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan acara kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di Kuching, hari ini.

Anwar bagaimanapun memberitahu, jika tiada kebebasan maka tiada demokrasi yang matang.

“Bagi saya kalau tiada kebebasan, titiada demokrasi yang matang, tidak akan ada pencernaan karya hebat, tiada karya agung yang hebat dan tidak dapat dicerna tanpa rasa bebas mengungkap.

“Tapi apa batasannya. Kalau kita gunakan ruang untuk memecah belah dan menanam bibit permusuhan ia akan runtuhkan sendi negara,’’ katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related