HEADLINES

Lagi kejadian pokok tumbang, kali ini hempap 7 kereta di Taman Kinrara

Ia bukan kali pertama pokok tumbang di Lembah Klang malah sejak beberapa minggu lalu, insiden berkenaan kerap dilaporkan oleh media

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian melibatkan pokok tumbang berlaku lagi, kali ini di Taman Kinrara, Puchong, apabila ia menghempap tujuh buah kereta, petang tadi.

Menurut Komander Operasi Bomba Puchong, Mohd Azri Kamil Maarof, kerja-kerja untuk mengalihkan pokok di Plaza PK 1/11A sedang dijalankan.

“Bomba menerima panggilan pada 4.24 petang tadi dan sembilan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi gambar-gambar yang tular di media sosial, semua kereta yang dihempap mengalami kerosakan kemek di bumbung, depan dan bahagian tepi akibat terkena batang serta dahan pokok.

Sebanyak sembilan anggota dan pegawai, selain dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digerakkan ke lokasi kejadian yang melibatkan tujuh buah kereta. – Gambar ihsan Bomba, 27 Mei, 2024

Ia bukan kali pertama pokok tumbang di Lembah Klang malah sejak beberapa minggu lalu, insiden berkenaan kerap dilaporkan oleh media.

Kejadian yang paling menyayat hati melibatkan insiden pokok tumbang adalah pada 7 Mei lalu apabila seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok di Jalan Sultan Ismail berhampiran Hotel Concorde dekat sini.

Dalam kejadian itu, dua lagi mengalami kecederaan dan turut menjejaskan landasan Monorel KL berhampiran hotel itu.

Ia mengakibatkan empat stesen Monorel iaitu Bukit Nanas, Raja Chulan, Bukit Bintang dan Imbi ditutup sementara untuk kerja pembersihan serta baik pulih.

Beberapa siri pokok tumbang turut berlaku selepas itu disebabkan hujan lebat dan ribut. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related