HEADLINES

Rakyat Malaysia antara mangsa terhidu gas beracun di Singapura meninggal dunia

Seorang lagi warga Malaysia berusia 39 tahun yang turut terlibat dalam kejadian itu telah dipindahkan dari ICU pada Selasa dan berada dalam keadaan stabil

11:47 PM MYT

 

SINGAPURA — Seorang pekerja subkontraktor warga Malaysia berusia 24 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Besar Ng Teng Fong menjadi korban kedua dalam insiden terhidu gas beracun di loji Rawatan Air Choa Chu Kang (CCKWW) di sini, minggu lepas.

Jurucakap Agensi Air Nasional Singapura (PUB) berkata lelaki itu yang bekerja untuk kontraktor PUB Stargroup Est. meninggal dunia akibat kecederaannya kira-kira 10 malam pada Selasa semasa dirawat di ICU.

Sementara itu, seorang warga Malaysia berusia 39 tahun yang turut terlibat dalam kejadian itu telah dipindahkan dari ICU pada Selasa dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian pada 23 Mei, tiga pekerja subkontraktor asing ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu gas hidrogen sulfida semasa melakukan pembersihan tangki rutin di loji CCKWW.

Seorang pekerja disahkan meninggal dunia di hospital pada hari yang sama, manakala dua lagi dirawat di ICU hospital berkenaan.

“PUB ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang pekerja tersebut. Bersama-sama dengan kontraktor kami, kami melakukan segala yang mungkin untuk menyokong keluarganya dalam tempoh sukar ini”, kata jurucakap itu dalam kenyataan, pada Rabu.

PUB berkata pihaknya bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan Kementerian Tenaga Manusia dan sedang menjalankan siasatan keselamatan sendiri berikutan insiden tersebut.

CCKWW, yang terletak di bahagian barat Singapura, adalah loji rawatan air kedua terbesar di negara ini dan mempunyai kapasiti rawatan sebanyak 80 juta gelen sehari. – 29 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related