HEADLINES

Rapid Rail catat lebih sejuta penumpang harian, enam bulan lebih awal daripada jangkaan

Laluan Kelana Jaya mencatatkan bilangan penumpang 287,102, laluan Ampang/Sri Petaling (224,184), laluan Monorel (61,236), laluan Kajang (274,302) dan laluan Putrajaya (157,767) pada 29 Mei

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan monorel, Rapid Rail mencatatkan jumlah penumpang harian melebihi sejuta dalam tempoh enam bulan lebih awal daripada jangkaan ditetapkan.

Menerusi kenyataan syarikat induk Rapid Rail, iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pencapaian membanggakan diraih pada 29 Mei lalu itu, adalah jumlah tertinggi diraih sejak penubuhannya.

Katanya, lonjakan itu dipacu beberapa inisiatif syarikat, iaitu proses penambahan kapasiti tren di Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan tren di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya bagi Laluan Ampang/Sri Petaling akibat kerosakan struktur jejambat, selain pembukaan beberapa lokasi tarikan baru di sepanjang jajaran rel.

“Inisiatif lain adalah beberapa acara berskala besar di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah, turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang.

“Rapid Rail amat berbangga kerana sasaran membawa sejuta penumpang sehari dicapai enam bulan awal daripada jangkaan ditetapkan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, bagi pencapaian jumlah direkodkan itu, laluan Kelana Jaya mencatatkan bilangan penumpang 287,102, laluan Ampang/Sri Petaling (224,184), laluan Monorel (61,236), laluan Kajang (274,302) dan laluan Putrajaya (157,767).

Menurutnya, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan penumpang sebanyak 1,004,591, iaitu peningkatan lebih 35% berbanding tarikh sama pada 2023 (739,818).

Rapid Rail berkata, pencapaian itu juga adalah bukti sokongan padu diterima syarikat, khususnya daripada warga Lembah Klang yang setia menggunakan perkhidmatan rel setiap hari.

Penambahan kapasiti tren di Laluan Kelana Jaya dan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan tren di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya bagi Laluan Ampang/Sri Petaling serta pembukaan beberapa lokasi tarikan baharu di sepanjang jajaran rel menjadi faktor peningkatan penumpang. – Halim Salleh/Scoop, 31 Mei, 2024

“Segala usaha penambahbaikan dilakukan Rapid Rail juga seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memajukan sektor perkhidmatan pengangkutan awam ke tahap lebih baik.

“Kesungguhan dan komitmen jurutera serta barisan hadapan Rapid Rail dalam menjalankan kerja penyelanggaran adalah bagi menyediakan bilangan tren mencukupi, selain memastikan kelancaran dan kestabilan perkhidmatan untuk manfaat pengguna,” katanya.

Kejayaan itu juga, ujarnya, perkembangan positif selaras visi dan misi Prasarana dalam memajukan mobility serta memperkayakan pengalaman pengguna pengangkutan awam.

“Rapid Rail ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penumpang di atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan disediakan.

“Kejayaan ini akan menjadi titik pengukur baharu untuk Rapid Rail sentiasa menyediakan perkhidmatan lebih baik, selain dapat menarik lebih ramai pengguna untuk beralih kepada pengangkutan awam,” katanya. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related