◉ HEADLINES

Tiada lagi penduduk pacak khemah, semua sudah keluar dari Kg Sri Makmur

Empat keluarga terakhir yang memacakkan khemah meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 2 petang tadi

8:19 PM MYT

 

GOMBAK – Beberapa penduduk Kampung Sri Makmur yang sebelum ini memacakkan khemah kerana enggan berpindah, sudah keluar dari kawasan terbabit.

Tinjauan Scoop hari ini mendapati beberapa laluan masuk ke kampung terbabit juga sudah dipasang pagar penghadang oleh pihak pemaju.

Salah seorang wakil pemaju yang hanya mahu dikenali sebagai Shah berkata, empat keluarga terakhir yang memacakkan khemah meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 2 petang tadi.

31052024-Tinjauan-di-Kg-Sri-Makmur-Pihak-berkuasa-memasang-pengadang-menghalang-tapak-berkenaan-dari-diceroboh.-RIDUAN-RIZAL-AHMAD010
Beberapa laluan masuk ke kampung terbabit juga sudah dipasang pagar penghadang oleh pihak pemaju. – Gambar Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 31 Mei, 2024

“Mereka sudah mengetahui dan dimaklumkan supaya meninggalkan kawasan ini dan membawa keluar barangan milik mereka sehingga tempoh akhir hari ini.

“Jadi tadi mereka memahami keadaan itu dan mula keluar dengan cara baik apabila pihak pemaju mula memasang hadangan dan pagar untuk mengelak pencerobohan,” katanya.

Difahamkan semua keluarga terbabit sudah dimaklumkan menerusi surat bahawa mereka diberi tempoh sehingga hari ini untuk mengosongkan kawasan berkenaan dengan pihak pemaju akan memagari seluruh kawasan itu bermula esok.

Pada Isnin, penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak meluahkan kekecewaan dan sedih kerana terpaksa pindah sedangkan mereka hanya diberikan pampasan RM1,000 dan masa yang singkat untuk berpindah.

Mereka menetap di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pengusiran itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Namun berlaku kekecohan apabila ada penduduk yang tetap enggan berpindah malah bertegas untuk terus tinggal di rumah mereka yang sudah dirobohkan selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, penduduk terbabit sudah diberikan pampasan RM1,000 untuk berpindah keluar dari tanah dimiliki PKNS itu dan pengusiran itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium. – 31 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related