HEADLINES

SPRM teliti petunjuk baharu isu suami menteri terima kontrak projek pengangkutan

Siasatan lanjut itu dijalankan selepas SPRM menerima beberapa aduan baharu dan ia memberikan beberapa petunjuk baharu untuk diteliti

12:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu suami seorang menteri dilantik untuk memberi ‘bukti konsep’ sebuah projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

Menurut sumber, siasatan lanjut itu dijalankan selepas SPRM menerima beberapa aduan baharu dan ia memberikan beberapa petunjuk baharu untuk diteliti.

Justeru itu, siasatan lanjut itu sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat berkaitan itu telah diterima.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM melaksanakan siasatan,” kata beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini menyatakan SPRM tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim namun jika ada petunjuk baru, siasatan lanjut boleh dijalankan.

Sumber tersebut bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, baru-baru ini projek pengangkutan Selangor yang hangat diperkatakan ialah projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) di mana Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, merupakan salah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

CEO Asia Mobiliti ialah Ramachandran Muniandy, yang merupakan suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han sebelum ini memaklumkan pelantikan Asia Mobiliti sebagai salah satu syarikat pengendali perkhidmatan projek rintis DRT telah diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) pada 22 Disember 2022.

DRT adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related