HEADLINES

Boleh guna visa mujamalah tapi disaran pilih syarikat PJH

Ini kerana semua syarikat Pengelola Jemaah Haji telah disaring dengan teliti dan telus bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh

9:25 AM MYT

 

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati individu yang mendaftar untuk menunaikan haji menggunakan visa mujamalah supaya memilih syarikat pelancongan yang dilesenkan oleh TH sebagai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana semua syarikat PJH telah disaring dengan teliti dan telus bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.

“Saringan itu dilakukan bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan, ‘track record’ pengurusan jemaah yang baik dan diyakini sebagai syarikat berwibawa.

“Maka dengan proses perlesenan ini TH boleh memberi keyakinan dan bakal haji boleh berasa urusan haji mereka terkawal, selamat dan kebajikan mereka akan terjaga,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini.

Bagi musim haji ini, TH telah memilih 25 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) untuk beroperasi sebagai PJH.

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua syarikat PJH telah disaring dengan teliti dan telus bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh. – Riduan Ahmad/Scoop, 2 Jun, 2024

Syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJH namun menawarkan pakej serta mengelola perkhidmatan haji melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota jemaah haji Malaysia yang merupakan jumlah kuota penuh sepertimana diluluskan pada musim haji lepas.

Selain visa haji yang diberikan melalui TH, kerajaan Arab Saudi menerusi kedutaannya turut mengeluarkan visa mujamalah kepada individu tertentu dalam jumlah yang sangat terhad.

Agensi tertentu yang mendapat visa mujamalah juga perlu memohon perkhidmatan di lapangan atau ‘ground services’ yang disediakan dalam aplikasi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related