HEADLINES

Jangan mudah rasa selesa dengan kejayaan TH, kena usaha tingkat kualiti perkhidmatan

Tabung Haji akan terus berusaha untuk mempertahankan pengiktirafannya sebagai badan pengendali haji terbaik dunia

9:27 AM MYT

 

MAKKAH – Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan petugas haji agar tidak mudah berasa selesa dengan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sebaliknya beliau menyeru mereka supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH, selain perlu memanfaat serta memperkukuhkan lagi hubungan dengan kerajaan Arab Saudi.

“Kita meraikan pencapaian-pencapaian yang diperoleh, tetapi perjuangan kita belum selesai. Memang kita berjaya sejak dari tanah air lagi, contohnya dengan e-Hajj dan pasukan perubatan, tetapi kita tidak mahu winning a battle but losing the war (raih kejayaan kecil namun tidak mencapai tujuan utama).

“Kita mahu terus lakar pencapaian sehinggalah kita berjaya mencapai kejayaan perjuangan yang besar ini. Perjalanan kita belum berakhir, perjuangan kita belum selesai, amanah murni masih perlu digalas dengan dedikasi, dengan pengorbanan masa dan tenaga.

“TH juga akan terus berusaha untuk mempertahankan pengiktirafannya sebagai badan pengendali haji terbaik dunia,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Petugas Haji bersama Ketua Rombongan Haji di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.

Majlis dihadiri lebih 200 petugas daripada semua unit termasuk pasukan perubatan, Unit Operasi Maktab, Unit Khidmat Luar, Unit Khidmat Pelanggan dan Unit Mayair selain turut disertai petugas TH di Jeddah, Madinah dan Sepang secara telepersidangan.

Operasi Masyair yang berbaki 13 hari lagi, katanya menuntut petugas haji untuk melaksanakan perancangan dan gerak kerja dengan lancar serta tersusun bagi menjamin jemaah haji dapat berwukuf serta mengerjakan rukun dan wajib haji.

Hal itu termasuk urusan pergerakan, penempatan, perkhidmatan sajian dan ibadah serta soal pengurusan pesakit.

“Oleh itu selaku petugas haji lakukanlah yang terbaik, bertindaklah selaras dengan proses kerja dan laksanakan tugas secara proaktif.

“Kuatkan gerak kerja dalam pasukan, lancarkan perkhidmatan, hulurkan bantuan dengan penuh sopan hingga jemaah haji dapat merasai kehadiran petugas dan santuni mereka selaku ‘dhuyufurrahman’ (tetamu Allah),” katanya.

Syed Saleh juga berharap petugas dapat mematuhi standard dan prosedur semua pihak berkepentingan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan selain proaktif mencegah potensi ketidakpatuhan sebagai usaha mempertahankan perkhidmatan haji bertaraf dunia TH.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk musim 1445H-2024 bagi membolehkan petugas TH menyalurkan sumbangan kepada jemaah haji khususnya yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran kerana dapat bersama mereka di Tanah Suci. – 3 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related