HEADLINES

Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis ambil keterangan tiga individu termasuk pengasuh

Persoalan mengenai akan ada yang dipanggil lagi bagi membantu siasatan bergantung kepada soal siasat yang sedang berjalan

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan ringkas kepada media.

Menurut beliau, selain pengasuh, dua yang dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu adalah ahli keluarganya.

“Ini adalah bagi melengkapkan siasatan.

“Persoalan mengenai akan ada yang dipanggil lagi bagi membantu siasatan bergantung kepada soal siasat yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiga individu terbabit hanya dipanggil untuk diambil keterangan.

“Tidak ditangkap, cuma untuk diambil keterangan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili ibu dan bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat memberitahu Scoop bahawa pihaknya turut dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Kelmarin, ibu dan bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu yang ditemukan meninggal dunia berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, 6 Disember tahun lalu.

Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan polis terhadap kes tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain pengasuh, dua yang dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu adalah ahli keluarganya. – Abdul Razak Latif/Scoop, 3 Jun, 2024

Semalam Hussein berkata, pihaknya merampas telefon bimbit ibu dan bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan. Tangkapan ibu dan bapa mangsa adalah untuk membantu siasatan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen atau spekulasi sehingga siasatan dapat dilengkapkan,” katanya.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 3 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Cycling body seeks common ground as Beasley row escalates

Amarjit calls for dialogue with Beasley, says federation and NSC working to resolve talent pipeline concerns amid growing unease among coaches

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Related