HEADLINES

Kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig dibentang kepada kabinet esok

Laporan yang disediakan dengan kerjasama Universiti Malaya itu merupakan kertas makluman kerangka kerja bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Laporan interim pertama kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, menurut Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata laporan yang disediakan dengan kerjasama Universiti Malaya itu merupakan kertas makluman kerangka kerja bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.

“Selepas ini kita akan mendapatkan input-input tambahan daripada Jemaah Menteri, maka kita akan membuat perincian lanjut dan kertas muktamad akan siap pada Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Grab Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sim berkata pelanjutan tempoh pendaftaran dan caruman pekerja sempena Bulan Pemutihan selama sebulan hingga 30 Jun ini menyaksikan pertambahan hampir 50 peratus jumlah pendaftaran serta caruman.

Beliau berharap lebih ramai majikan tampil mendaftar dan membayar caruman pekerja mereka sebelum hujung bulan ini. – 4 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related