HEADLINES

Projek mega Kedah gagal: ‘Sanusi yang tak pandai menari, dikata lantai berjungkit’

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pasukan penilai kerajaan negeri sangat lemah, manakala Sanusi perlu bertindak atas kapasiti sebagai Menteri Besar dan berhenti menyalahkan orang lain

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu berhenti menyalahkan orang lain dan tidak lepas tangan dalam isu kegagalan projek mega di negeri di bawah pentadbiran PAS itu.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Sanusi sangat tidak bertanggungjawab dalam hal itu apabila berkata projek berkenaan adalah di bawah syarikat swasta dan bukannya projek kerajaan negeri.

“Sanusi perlu bertindak di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar dan berhenti menyalahkan orang lain.

“Pasukan penilai kerajaan negeri pula sangat lemah. Sepatutnya kerajaan negeri dapatkan pasukan penilai hartanah yang profesional, yang boleh membantu menentukan nilai sebidang tanah atau bangunan dan boleh membuat penilaian dengan lebih tepat dan berkesan.

“Pasukan penilai ini juga yang sepatutnya menilai syarikat mana yang berkemampuan untuk melabur dan syarikat mana yang lemah atau berstatus ‘scammer’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pasukan penilai hartanah profesional yang boleh membantu menentukan nilai sebidang tanah atau bangunan dengan lebih tepat serta berkesan. Gambar Bernama, 6 Jun, 2024

Terdahulu Sanusi dalam sidang medianya berkata, beberapa projek mega yang diumumkan Kerajaan Kedah sebelum ini bukan dibatalkan, sebaliknya syarikat pelaburan swasta sebagai pelaksana berdepan kekangan dalam perniagaan.

Katanya, projek Widad Langkasuka dan litar lumba di Langkawi, pembinaan litar lumba antarabangsa dan stadium di Sungai Petani merupakan pelaburan syarikat swasta, bukannya kerajaan negeri seperti didakwa segelintir pihak.

Katanya, kesemua projek berkenaan bukan gagal dilaksanakan, sebaliknya kemajuan sedikit perlahan disebabkan komitmen syarikat terbabit yang perlu mengutamakan kos operasi syarikat masing-masing.

Shaiful Hazizy berkata, kerajaan negeri di bawah Sanusi sentiasa bersikap sambil lewa, mengambil kesempatan membuat pelbagai pengumuman projek walaupun hakikatnya inisiatif itu tidak realistik dan sememangnya tidak masuk akal.

“Sanusi adalah seorang Menteri Besar yang lemah dan suka mencari alasan. Pelabur lari, gaji tertunggak, stadium tak siap, REE tapi ini alah bisa tegal biasa,

“Sanusi akan menyalahkan orang lain atas kegagalan dia termasuk dalam hal ini Sanusi kata ini projek swasta bukan projek kerajaan. Tak pandai menari dikatanya lantai berjungkit,” tambah beliau. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related