◉ HEADLINES

MB Pahang selamat jalani pembedahan di IJN

Prosedur pembedahan ke atas Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berjalan lancar, dan beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi bagi pemantauan dalam tempoh 24 jam

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prosedur pembedahan ke atas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara (IJN) telah selesai dan berjalan lancar.

Menurut Setiausaha Politiknya, Mohd Farid Mohd Nor, beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi bagi pemantauan dalam tempoh 24 jam.

Farid bagaimanapun tidak menjelaskan prosedur pembedahan yang dijalankan itu.

“Pihak keluarga Menteri Besar menjunjung kasih ke sisi Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob memaklumkan Wan Rosdy akan dirawat di IJN mulai hari ini.

Zulkifli berkata, tempoh rawatan itu sehingga satu tarikh yang akan ditentukan pihak doktor. – 7 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related