HEADLINES

Kereta rempuh lobi hospital: Pemandu stabil, JKNJ lapor polis

Pihak pengurusan HPSF Muar mengesahkan tiada orang awam, pesakit atau anggota hospital yang terbabit dalam kemalangan itu

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang didakwa mengalami sawan ketika memandu sehingga kenderaannya merempuh tiang batu lobi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar malam tadi, disahkan stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Neger Johor (JKNJ), Dr Mohtar Ahmad berkata, pemandu itu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian, manakala penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan dan sudah didiscaj selepas menerima rawatan.

“JKNJ mengesahkan pada 7 Jun 2024 kira-kira jam 10 malam, sebuah kereta Proton Saga putih tiba-tiba merempuh masuk ke koridor utama HPSF Muar.

“Pihak kami juga ingin mengesahkan tiada orang awam, pesakit atau anggota HPSF Muar yang terbabit dalam kemalangan itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Mohtar berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan selepas dia mengalami sawan.

Menurutnya, ketika kejadian kereta itu turut dinaiki seorang individu lain, dengan kedua-dua mangsa dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HPSF Muar akibat insiden terbabit.

Beliau berkata, satu laporan polis dibuat pihak pengurusan HPSF Muar pada hari sama kejadian.

“Koridor terbabit sudah dibuka semula. Kerosakan akibat insiden ini tidak menjejaskan fungi utama kawasan terlibat.

“Bagaimanapun pihak pengurusan HPSF Muar sedang menilai kerosakan dialami dan kos untuk baik pulih kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, seorang lelaki secara tiba-tiba diserang sawan sehingga kereta sedang dipandunya hilang kawalan, sebelum terbabas dan merempuh tiang batu lobi HPSF Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pada jam 10.11 malam itu berlaku ketika lelaki terbabit bersama rakannya dalam perjalanan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru ke hospital pakar berkenaan. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related