HEADLINES

Polis kunci mulut selepas ibu Zayn selesai lakon semula kejadian di kediaman mereka

Shuhaily meninggalkan Apartment Idaman di Damansara Damai selepas menghabiskan masa kira-kira sejam di lokasi kejadian, tanpa bercakap kepada media

3:09 PM MYT

 

PETALING JAYA — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meluangkan masa sejam di kediaman kanak-kanak autisme yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, tetapi mengunci mulut mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Shuhaily meninggalkan Apartment Idaman di Damansara Damai pada jam 2.08 petang selepas menghabiskan masa kira-kira sejam di lokasi kejadian, tanpa bercakap kepada media.

Beliau diiringi kira-kira 10 kenderaan, termasuk dari pasukan forensik polis, yang beredar 10 minit kemudian.

Kira-kira jam 10.15 pagi, ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, dibawa ke kediaman mereka untuk melakonkan semula kejadian yang membawa kepada kehilangan Zayn dan penemuan mayatnya tahun lalu.

Difahamkan, hanya Ismanira yang dibawa ke kediaman itu manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari tidak kelihatan.

Ismanira dan Zaim pertama kali ditahan polis pada 31 Mei, dan direman tujuh hari mulai 1 Jun untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Majistret membenarkan polis melanjutkan tahanan reman selama enam hari lagi sehingga 13 Jun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tempoh reman ibu bapa Zayn itu dilanjutkan kerana terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan pasangan suami isteri itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Walaupun pemeriksaan meluas ke atas penduduk di blok lain dan ujian DNA dilakukan, polis gagal menahan sesiapa sehingga penangkapan ibu bapa kanak-kanak itu. — 10 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related