◉ HEADLINES

Bekas pendidik, Joohari Ariffin diumum calon Perpaduan PRK Sungai Bakap

Kata Rafizi Ramli, Joohari Ariffin memenuhi tiga kriteria utama iaitu anak tempatan, cerdik dan bertanggungjawab mendidik rakyat

12:56 AM MYT

 

NIBONG TEBAL – Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin, 60, dari PKR diumum sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Julai ini.

Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, di sini malam ini.

Rafizi ketika membuat pengumuman tersebut berkata calon berkenaan memenuhi tiga kriteria utama.

“Calon yang kita tampilkan kena dengan kehendak kita, pertama anak tempatan supaya boleh jaga orang tempatan di sini (Sungai Bakap).

“Kedua kita nak orang cerdik pandai, ketiga dia bertanggungjawab mendidik rakyat,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan  Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek serta barisan pimpinan negeri yang lain.

Rafizi berkata Joohari, anak jati Sungai Bakap merupakan bekas guru dan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Bermula 4 April 2018, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dan menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam pada 1 September 2023.

Joohari juga dianugerahkan Pemimpin Berinspirasi daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah pada 2023. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Gunung Jerai: unearthing its history, unveiling its mystery

The word “Gunung Jerai” or “Mount Jerai” has been a familiar term since I embarked on a quest to explore Malaysian history and heritage. This site is however not within the radar of most local or foreign tourists.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related