HEADLINES

SPRM kerjasama kesan warga Singapura dipercayai dalang ‘kontena terbang’

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kerjasama risikan dengan pihak berkuasa Singapura juga sudah dilakukan bagi mengesan suspek

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat permohonan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menahan seorang warga Singapura yang dipercayai dalang kegiatan kes ‘kontena terbang’ di Pelabuhan Klang hingga menyebabkan ketirisan cukai kira-kira RM3.5 bilion.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kerjasama risikan dengan pihak berkuasa Singapura juga sudah dilakukan bagi mengesan suspek.

“Permohonan kepada negara luar memerlukan kelulusan AGC tetapi kita juga sudah membuat rangkaian perisikan dengan Singapura bagi mengesan pihak terbabit,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘The Sin Of Corruption A Religious Perspective’ di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, beberapa individu lagi akan disiasat malah akan ditahan sekiranya ada keperluan.

“Hari ini juga kita telah tahan tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan menemui wang tunai sejumlah lebih RM3 juta.

“Saya telah mengarahkan Timbalan saya (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) – Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya) untuk mendedahkan penemuan wang ini yang begitu besar dalam kalangan mereka yang terlibat,” katanya.

Terdahulu SPRM dalam satu kenyataan memakumkan, 17 individu termasuk 11 pegawai kastam dan 6 pengarah serta pekerja syarikat termasuk seorang runner dan kekasihnya ditahan membantu siasatan kes rasuah membabitkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 billion di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Menurut sumber, hasil siasatan setakat ini SPRM berjaya merampas wang tunai sejumlah RM4.4 juta dipercayai diperoleh secara rasuah oleh pegawai kastam terlibat.

Ini tidak termasuk empat motosikal Yamaha XMAX bernilai RM28,000.00, sebuah kenderaan Alphard bernilai lebih RM200,000, sebuah kereta BMW terpakai, barang kemas, jam tangan mewah dan sebidang lot tanah yang kesemuanya dibeli secara tunai.

Tambah sumber, semua sitaan ini adalah sebahagian daripada hasil rasuah yang dapat dikesan SPRM setakat ini.

Pada masa sama, sebanyak 12 akaun syarikat dan individu dibekukan dengan anggaran nilai berjumlah RM2 juta.

Pada 6 Jun lalu, tujuh individu termasuk pegawai JKDM terlibat dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor ditahan dalam Op Transit.

Kesemua yang ditahan itu disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan JKDM pada 5 Jun lalu berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import. -13 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related