◉ HEADLINES

AS sah pulangkan RM721.4 juta aset dirampas berkaitan 1MDB

Menurut Kedutaan AS, pihak terbabit dalam penyelewengan itu melakukan beberapa transaksi dengan penglibatan syarikat ‘shell’ mencurigakan atau hanya wujud di atas kertas dengan akaun bank di AS menggunakan dokumen serta representasi palsu

11:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan kira-kira AS$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia yang juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun, 2024, dan dana itu telah dipulangkan susulan petisyen dikemukakan oleh kerajaan dan diluluskan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu menyatakan menerusi pindahan dana itu, AS telah mendapatkan, dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diselewengkan daripada Malaysia, setakat ini.

“Kami gembira kerana tranche aset keempat daripada siasatan Jabatan Kehakiman ini dalam proses dipulangkan kepada Malaysia.

“Jumlah wang yang besar ini akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sepatutnya dan akhirnya dapat dimanfaatkan bagi tujuan asal – demi meningkatkan kehidupan seharian rakyat Malaysia,” kata Edgard.

Menurut kedutaan AS, sebagaimana didakwa dalam aduan, pihak yang terbabit dalam penyelewengan itu yang turut merangkumi pegawai di 1MDB, saudara mara mereka serta rakan lain, telah menyeleweng dana 1MDB berjumlah melebihi AS$4.5 bilion.

Perbuatan itu dilakukan menerusi beberapa siri transaksi yang kompleks dan penglibatan syarikat ‘shell’ mencurigakan atau hanya wujud di atas kertas dengan akaun bank di AS dan luar negara menggunakan dokumen serta representasi palsu.

“Kesemua transaksi ini didakwa bertujuan menyembunyikan sumber, asal serta pemilikan dana yang akhirnya melalui institusi kewangan AS dan kemudian diselewengkan bagi memperoleh selain melabur dalam aset di AS dan di luar negara,” katanya.

Kedutaan AS turut menegaskan bahawa kerajaan negara itu kekal komited dalam usaha mendapatkan semula dan memulangkan dana yang dicuri daripada 1MDB demi manfaat rakyat Malaysia. – 13 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related