◉ HEADLINES

Tragis, kanak-kanak 10 tahun lemas terjatuh jeti ketika sedang bermain

Mangsa, Nur Aqisyah Abdullah dipercayai terjatuh pada jam 4.40 petang semalam ketika sedang bermain di jeti

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nur Aqisyah Abdullah, ditemukan lemas selepas terjatuh di jeti Sungai Kampung Dapur Arang, Gelang Patah, petang semalam.

Mayatnya ditemukan pada jam 9.07 malam tadi susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas dia dilaporkan terjatuh, iaitu pada jam 4.40 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M. Kumarasan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama adik perempuannya yang berusia enam tahun serta rakan mereka yang berumur 9 tahun bermain di jeti terbabit.

“Ketika sedang duduk di jeti, mangsa telah tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Bomba dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemukan mayat mangsa pada jarak lima meter dari jeti di kedalaman tiga meter dari paras sungai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Saifulizam Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota. – 14 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related