HEADLINES

MCMC mohon TikTok, Telegram turunkan kandungan didakwa fakta siasatan kes Zayn Rayyan

Pengguna media sosial dinasihatkan untuk memadam hantaran atau sebarang komen yang boleh menimbulkan spekulasi

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan yang didakwa maklumat fakta siasatan dalam kes bunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin.

MCMC dalam satu kenyataan turut memaklumkan sudah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan berkaitan kes tersebut kepada umum.

“Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes,” katanya.

Pada masa sama, MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu.

Katanya, pengguna media sosial juga dinasihatkan untuk memadam hantaran atau sebarang komen yang boleh menimbulkan spekulasi.

“Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, serta denda lanjutan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Semalam, MCMC memaklumkan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian Zayn Rayyan, 6, di aplikasi Telegram.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak yang menyebarkan kertas siasatan tersebut boleh diambil tindakan kerana kes terbabit kini di peringkat mahkamah.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis akan mengemukakan permohonan kepada SKMM untuk menurunkan tangkap layar yang tular di media sosial sejak Khamis.

Katanya, polis juga akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar berkenaan.

Pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai, kira-kira 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Pada Khamis, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas dilepaskan dengan ikat jamin, penyebar maklumat dikenali ‘Edisi Siasat’ mendedahkan informasi kononnya ia ialah hasil keterangan membabitkan pasangan suami isteri tersebut, di sepanjang reman berlangsung. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related