HEADLINES

Kekosongan DUN Nenggiri: Bersatu, PAS bincang calon sesuai

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya yakin akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan nanti

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu dan PAS akan duduk semeja untuk berbincang bagi menentukan parti mana akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang diumumkan kosong bermula hari ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya yakin akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan nanti.

“Kita (PAS) akui setiap kali berlaku PRK, ada cabaran tersendiri namun kita yakin kerusi berkenaan akan terus menjadi milik kita.

“Siapa yang akan bertanding sama ada PAS atau Bersatu, pimpinan tertinggi akan bincang mengenai perkara berkenaan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.

Mohd Amar berkata, PAS sebelum ini sudah mengambil langkah perlu apabila dua Ahli Parlimen di Kelantan dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu, menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Selepas berlaku isu sokongan, kita sudah mengambil langkah perlu untuk berdepan PRK, termasuk turun ke lapangan, dapatkan maklum balas pengundi dan perkemaskan ahli,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Speaker DUN Kelantan pada sidang media di Kota Bharu hari ini, mengumumkan kerusi Nenggiri diisytiharkan berlaku kekosongan luar jangka berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman itu sekali gus merungkai teka-teki status Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim sebagai pemimpin kawasan berkenaan selepas beliau menjadi antara tujuh wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun serta Bersatu pada 12 Jun memaklumkan, hilang keahliannya dalam parti itu dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Manakala, Mohd Azizi ketika dihubungi Scoop mengakui tidak terkejut mengenai pengumuman kekosongan kerusi disandangnya itu.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu sudah dijangka selepas mengetahui Mohd Amar mengadakan sidang media tergempar pagi tadi. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related