HEADLINES

Johari perlu pastikan keseragaman peraturan DUN, Dewan Rakyat: Wan Saiful

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mengumumkan kekosongan kerusi Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul perlu memastikan keseragaman dalam pelaksanaan peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat susulan pengumuman kekosongan kerusi DUN Nenggiri di Kelantan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu perlu diambil sekiranya Johari mahu dikenali sebagai seorang yang berpegang dengan prinsip kebebasan badan legislatif berbanding badan eksekutif serta bebas pengaruh daripada parti politik.

“Dengan prinsip itu, Johari sudah tentunya memahami dan menyedari bahawa beliau tidak ada pilihan untuk mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu juga kosong.

“Sekiranya precedent (duluan) ini tidak dihormati atau tidak dituruti dari segi uniformity, mungkin akan wujud satu krisis Perlembagaan yang serius akibat daripada tidak mengikut precedent ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan kerusi Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, keputusan tersebut adalah perkara yang sudah dijangka.

Katanya, ini kerana mengikut peraturan undang-undang tubuh negeri dan Perlembagaan Persekutuan, jelas apabila berlaku keguguran seseorang itu daripada ahli parti, maka kerusi yang disandang adalah kosong.

“Ia mewujudkan satu precedent (duluan) dalam negara yang mana apabila dikosongkan kerusi di Kelantan, maka di peringkat Dewan Rakyat tidak ada alasan boleh digunakan untuk mengatakan kerusi mereka tidak kosong.

“(Justeru) Saya berharap Johari sebagai Speaker Dewan Rakyat akan memastikan ada sedikit uniformity (keseragaman) dalam pelaksanaan peraturan-peraturan DUN dan Dewan Rakyat setelah melihat apa yang berlaku di Kelantan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada Bersatu.

“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” katanya.

Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, Adun Bersatu yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu sudah digugurkan keahliannya serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) yang juga Adun Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Tindakan itu dilakukan selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis MPT Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related