HEADLINES

Pukul isteri baru habis pantang selepas ‘kantoi’ curang

Difahamkan wanita terbabit yang baru habis berpantang pergi ke bilik hotel suaminya sebelum terjadi pergaduhan antara mereka, mangsa sudah membuat laporan polis

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesan pelaku dalam video tular sejak semalam memaparkan insiden seorang lelaki memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan selepas ‘kantoi’ curang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial pada jam 3 petang memaparkan pasangan suami isteri itu bergaduh di sebuah hotel.

Menurutnya, siasatan mendapati pergaduhan itu membabitkan pasangan suami isteri dan berlaku pada pada jam 9.50 pagi, 24 Mei lalu di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel.

“Akibat daripada kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, Aidi Sham berkata, mangsa telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menularkan isu tersebut yang boleh mengganggu siasatan polis dan mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Berdasarkan keterangan dalam video yang tular di media sosial itu, isteri lelaki berkenaan yang dikatakan baru habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan antara mereka. – 20 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related