HEADLINES

Kos meningkat lebih 50%, pengusaha trak tunda mohon subsidi diesel

Trak tunda tidak termasuk dalam 23 jenis kenderaan yang layak di bawah Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) 2.0 menyebabkan kos yang ditanggung kini semakin meningkat

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengusaha trak tunda di Semenanjung Malaysia memohon kerajaan mempertimbangkan Fleet Card bagi melayakkan mereka mendapat subsidi diesel.

Menurut salah seorang pengusaha trak tunda, Ahmad Zikri Ahmad Fazli, mereka tidak termasuk dalam 23 jenis kenderaan yang layak di bawah Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKDS) 2.0 menyebabkan kos yang ditanggung kini semakin meningkat.

“Kos minyak untuk lori tunda meningkat lebih 50%. Dulu jika kita menunda kenderaan dalam jarak sehingga 10km, harga yang dikenakan adalah RM100 tetapi sekarang sudah meningkat kepada RM150.

“Kita tak boleh tahan dengan harga diesel. Sekarang naik 50%. Dulu jika kita membayar RM180 untuk tangki penuh lori tiga tan, kini ia meningkat RM320 dan minyak itu hanya bertahan selama dua hari sahaja.

“Jika kita menaikkan harga perkhidmatan disebabkan kenaikan diesel, sudah pasti pelanggan akan menolak serta tidak mahu menggunakan perkhidmatan kami,’’ katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zikri hadir bersama lebih 200 pengusaha trak dari seluruh negara bagi menyerahkan memorandum itu.

Sementara itu, pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN), Josephprakash berkata, trak tunda bergerak setiap hari ke merata tempat dan dalam jarak yang jauh.

“Apabila kereta rosak terutama di lebuh raya, kami akan menarik kenderaan itu bagi memastikan keadaan di lebuh raya lancar dan tidak ada kesesakan, tetapi pelanggan akan menolak apabila mengetahui harga yang dikenakan.

“Kalau subsidi tak diberi, ia akan beri kesan yang banyak. Trak tunda menggunakan hidraulik, jadi kos itu semakin tinggi,’’ katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, KPDN bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak tunda kenderaan supaya diberi pertimbangan bagi mendapat subsidi diesel untuk mengurangkan beban kos operasi mereka.

Rayuan itu, katanya diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

“Sudah tentu  tumpuan kementerian adalah terhadap barang perlu dan sedia berbincang dengan mana-mana pihak,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related