HEADLINES

Pertembungan satu lawan satu, PH-PN di Sungai Bakap

Calon Kerajaan Perpaduan, Joohari Ariffin akan dicabar oleh Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail yang mewakili Perikatan Nasional pada pilihan raya kecil 6 Julai ini

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula hari ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim mengumumkan pencalonan rasmi itu sebaik sahaja tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin sebagai ‘ayam tambatan’ mereka untuk merampas kerusi DUN itu.

PN pula mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Khairulnizam berkata, pihaknya menyemak kertas permohonan dan berpuas hati serta memutuskan tiada kertas permohonan ditolak.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK berkenaan manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

PRK DUN Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. – 22 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related