◉ HEADLINES

Ketua penolong pengarah badan berkanun ditahan disyaki terima rasuah projek lebuh raya

Sementara itu, reman CEO dan 3 pegawai syarikat konsesi berkait rasuah projek lebuh raya disambung

10:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Penolong Pengarah badan berkanun ditahan reman kerana dipercayai menerima rasuah lebih RM146,000 daripada sebuah syarikat sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja bagi projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Perintah reman selama empat hari sehingga 1 Julai ini terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berkhidmat di badan berkanun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10 malam tadi.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya.

Sementara itu, Nazira turut membenarkan permohonan SPRM untuk menyambung reman empat suspek termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya bermula 29 Jun hingga 2 Julai ini.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan reman tiga pegawai syarikat konsesi lebuh raya termasuk seorang CEO selama empat hari, selain turut menahan reman seorang lagi pegawai syarikat berkenaan selama tiga hari bermula Rabu lalu.

Kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada syarikat yang mengambil alih kerja-kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap seorang lagi suspek serta penyambungan reman terhadap keempat-empat suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – 28 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related