◉ HEADLINES

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands tiada lesen memandu: Polis

Siasatan lanjut juga mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan

7:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu bas persiaran terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands yang mengorbankan dua pelancong China didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan lanjut juga mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata dua mangsa lelaki yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Zhang Ping, 58, dan Wang Shuhong, 49.

Kemalangan itu katanya melibatkan 18 pelancong asing selain masing-masing seorang pemandu bas, pembantu dan pemandu pelancong warga tempatan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Pahang untuk tindakan lanjut termasuk enam mangsa yang cedera. 13 mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, bas persiaran itu dipercayai terbabas dan melanggar tembok  pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke ibu negara di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands. – 29 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related