HEADLINES

Tuduhan rasuah: Polis siasat FB kaitkan Pemangku Sultan Johor

Kes itu masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna media sosial yang bijak

10:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat satu hantaran di Facebook Kelab Penyokong PAS Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah.

Menurut Ketua Polis Johor, M. Kumar, laporan mengenai hantaran tersebut dibuat di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, pada jam 4.05 petang semalam.

Hantaran itu, katanya mendakwa Tunku Mahkota Ismail menyatakan bahawa Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin meminta rasuah berjumlah RM20 juta daripada Qatar Holdings, pada 28 Januari tahun lepas.

“Hantaran itu bertajuk ‘TMJ dah bersuara, takkan PMX masih senyap?’.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang.

Semalam, Kerajaan Johor mengecam kenyataan fitnah dilemparkan terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kononnya baginda terbabit rasuah melibatkan seorang pengarah SPRM berjumlah RM20 juta.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dakwaan fitnah yang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah hasutan jahat dalam cubaan menjatuhkan institusi diraja.

Menurutnya, dakwaan itu juga adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

From separate courts to shared future: Yew Sin and Ohori wed in Melaka

Malaysian shuttler Ong Yew Sin and former Japanese star Aya Ohori formalise their cross-cultural romance in an intimate civil ceremony, marking a new chapter beyond their badminton careers

Related