◉ HEADLINES

Pelajar maut jatuh tingkat 5 sekolah, KPM laksana siasatan dalaman, serah kepada polis

Buat masa ini, KPM menjalankan siasatan dalaman dan hasil itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kes seorang pelajar maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah sekolah di Kajang, Selangor.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia dilaksanakan sebagai usaha membantu siasatan dilakukan pihak berkuasa berkaitan insiden terbabit.

Katanya, KPM menyerahkan siasatan terperinci kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya fikir ini tak mudah untuk semua pihak kerana kejadian ni berlaku di sekolah dan pada masa sama, kita sudah ambil tindakan intervensi penting pasca kejadian ini.

“Buat masa ini, kita menjalankan siasatan dalaman dan hasil itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh,” katanya pada program di Simpang Ampat, Nibong Tebal hari ini seperti dilaporkan media.

Merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan sekolah mangsa, Fadhlina berkata, seperti berulang kali ditegaskannya, KPM tidak pernah berkompromi soal keselamatan murid di peringkat sekolah.

Katanya, kementerian itu juga sentiasa mengingatkan institusi pendidikan untuk meningkatkan keselamatan dari semasa ke semasa.

Malah, beliau berkata, insiden terbabit sangat mendukacitakan dan benar-benar memberi kesan mendalam.

Dalam kejadian pada 27 Jun lalu, seorang pelajar lelaki yang parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah, disahkan meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang pada jam 2.30 pagi.

“Siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh mendapati, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah berkenaan.

“Pelajar itu dirawat di Hospital Kajang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan, manakala punca kematian disebabkan jatuh dari tempat tinggi,” katanya. – 30 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related