◉ HEADLINES

PRK DUN Nenggiri: PAS nak hantar nama calon tiada masalah, tapi itu kerusi Bersatu

“Mana-mana parti komponen dalam Perikatan Nasional yang nak tawar (calon) itu hak mereka, namun keputusan pada akhirnya tetap akan diputuskan pucuk pimpinan PN."

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu Kelantan tiada masalah sekiranya PAS turut mahu mengemukakan nama calon dari parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, pihaknya sendiri akan menyerahkan senarai tiga nama calon Bersatu kepada pimpinan parti selewat- lewatnya akhir minggu depan.

“Kita tidak ada masalah jika PAS juga ada calon mereka. PAS boleh sahaja menawarkan nama yang mereka fikir sesuai, tidak menyalahi undang-undang pun.

“Mana-mana parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang nak tawar (calon) itu hak mereka, namun keputusan pada akhirnya tetap akan diputuskan pucuk pimpinan PN.

“Tapi perlu diingat juga kerusi itu adalah untuk Bersatu bertanding,” katanya hari ini.

Mengulas mengenai senarai tiga nama calon Bersatu, beliau berkata, pihaknya masih membuat penelitian berhubung senarai calon yang akan ditampilkan.

“Kita menerima cadangan daripada pihak bawahan sebelum proses pemilihan dibuat. Ketiga-tiga calon berkenaan adalah lelaki yang terdiri daripada pimpinan parti Bersatu Gua Musang dan ahli biasa.

“Kita pilih ada yang berasal dari Nenggiri, ada juga di luar Nenggiri namun masih lagi dalam daerah Gua Musang

“Kita pastikan untuk menampilkan calon boleh menang dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun mengingatkan, DUN Nenggiri adalah kerusi Bersatu. – Gambar media sosial, 1 Julai, 2024

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, belum ada mesyuarat di peringkat pimpinan PN bagi memutuskan calon parti mana yang akan diletakkan di PRK Nenggiri.

Beliau berkata, perbincangan lanjut peringkat pimpinan PN akan diadakan terlebih dahulu berikutan terdapat permintaan PAS kawasan Gua Musang untuk bertanding di PRK itu.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu akan menghantar calon mewakili PN bagi bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Muhyiddin berkata, keputusan itu telah diputuskan sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik parti berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos akan datang. – 1 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related