HEADLINES

2 suspek pecah rumah pemain bola sepak Selangor ditahan di Terengganu

Hasil siasatan mendapati kedua-dua mempunyai kes jenayah lampau

1:43 PM MYT

 

SHAH ALAM – Dua suspek masing-masing berusia 28 dan 33 tahun yang terlibat dalam kes pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee ditahan polis pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek ditahan di Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Marang, Terengganu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Penangkapan berjaya dilakukan pada 26 Jun oleh pasukan gabungan dari Unit D4 IPK Kontingen Selangor, Team B4 IPK Kontingen Terengganu, dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Shah Alam, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, kediaman Khuzaimi dilaporkan dipecah masuk ketika dia keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua mempunyai kes jenayah lampau.

“Salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod dadah, manakala seorang lagi memiliki empat rekod jenayah dan dua rekod dadah.

“Kedua-duanya tidak hanya terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor, tetapi juga di tiga negeri lain iaitu Terengganu, Pahang dan Melaka.

“Mereka secara keseluruhannya terlibat dalam sembilan kes pecah rumah, melarikan kenderaan, dan samun,” katanya.

Menurutnya, ujian air kencing juga menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis metaphetamine.

Beliau berkata, di Shah Alam, polis turut merampas sebuah kereta Honda City termasuk dua plat pendaftaran palsu dan beberapa barangan dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah.

“Turut dirampas 17 beg pelbagai jenis dan jenama serta tujuh telefon bimbit, dua batang kunci Proton dan dua tong karbon monoksida. Selain itu, ditemui juga empat pasang sarung tangan, dua mesin pelbagai jenama dan lima peralatan pecah rumah.

“Sebilah pisau, satu beg kamera, satu komputer riba, dan satu Smart Tag juga dirampas. Sebanyak 15 dokumen peribadi, dua keping cukai jalan, dan satu batang kunci Yamaha turut disita.

“Polis juga merampas 17 utas jam tangan, lima bentuk cincin, dan empat set walkie talkie. Selain itu, satu kaca mata hitam, satu iPad, satu komponen motosikal, satu motosikal Yamaha, dan tiga helai pakaian turut ditemui,” katanya.

Tambahnya, suspek bergerak secara berpindah-randah, tinggal di Terengganu, Melaka, Pahang, dan Selangor, serta aktif di keempat-empat negeri tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih kurang RM55,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman sehingga 14 tahun penjara jika disabitkan kesalahan,” katanya. – 2 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related