◉ HEADLINES

KPM, KPT selaras penempatan Matrikulasi pelajar cemerlang, rayuan dibuka: Fadhlina

Sistem KPM mempunyai maklumat semua pelajar cemerlang SPM dan penyelarasan penempatan Matrikulasi bagi mereka yang memohon akan dilakukan dengan segera

2:09 PM MYT

 

PARIT BUNTAR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program Matrikulasi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kerajaan telah membuka peluang untuk rayuan pelajar ke Matrikulasi dalam usaha memberikan ruang pendidikan kepada semua pihak, selain mempertimbangkan semua pelajar cemerlang mendapat penempatan.

 “Semua pelajar cemerlang kita akan tangani penempatan mereka di Matrikulasi dengan kerjasama daripada KPT. Jadi kita bergerak bersama dengan KPT secara agresif dan komprehensif serta mengambil semua pendekatan untuk memastikan semua pelajar cemerlang mendapat tempat. Insya-Allah.

“Semalam kita telahpun menerima kemasukan pelajar di peringkat Matrikulasi dan pada 5 Julai ini, kita akan terima pelajar peringkat rayuan dan seterusnya kita akan lihat selepas kita membuat penyelarasan dengan KPT, semua tempat ini akan diisi dengan segera,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Antibuli Peringkat Daerah Kerian 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Parit Buntar di sini hari ini.

Fadhlina berkata sistem KPM mempunyai maklumat semua pelajar cemerlang SPM dan penyelarasan penempatan Matrikulasi bagi mereka yang memohon akan dilakukan dengan segera.

“Jadi jangan risau, sudah ada dalam sistem kita yang sekarang dan ini yang kita nak buat penyelarasan berkaitan dengan penempatan yang akan kita selaraskan dengan segera,” katanya.

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini. 

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan mengganggu kuota pelajar bumiputera sedia ada. – 2 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related