HEADLINES

Isu IMF: Tohmahan puluhan tahun yang ditelan bulat-bulat ‘hentikan fitnah ini’ kata PM

Beliau yang menghentikan semua pinjaman antara negara ini dengan IMF dan Bank Dunia ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1993

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak-pihak yang membangkitkan isu mengenai pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menyifatkan ia sebagai isu lapuk yang tiada asas sama sekali.

Menurut Perdana Menteri, beliau sudah menjelaskan berulang kali sebelum ini bahawa beliau yang menghentikan semua pinjaman antara negara ini dengan IMF dan Bank Dunia ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1993.

Sebaliknya kata Anwar, seorang mantan Menteri Kewangan telah merujuk dan meminta pinjaman kepada Bank Dunia serta IMF tatkala beliau dipenjarakan pada 1999.

“Bahkan rakan-rakan pembangkang ketika ini, khususnya PAS yang sebelum ini bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, telah mempertahankan saya daripada fitnah puluhan tahun ini.

“Namun tohmahan ini telah diungkapkan semula,’’ katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut memuatnaik mengenai IMF di dalam media sosialnya hari ini.

Pada 29 Jun lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramahnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, mempersoalkan sama ada langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan mempunyai kaitan dengan tuntutan IMF.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri turut bertanya sama ada trend penyasaran subsidi itu merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk meminjam dengan IMF yang meletakkan syarat subsidi perlu dihapuskan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, fitnah ini pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini namun apabila dicabar untuk mengulanginya, tiada seorang pun Ahli Parlimen yang berani bangkit berhujah dan hanya diam menikus.

“Kita boleh berbeza pendapat dan khittah perjuangan, bahkan saya terbuka menerima teguran termasuk dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar ini, namun usah kotori prinsip dan pemikiran rakyat dengan fitnah yang merosakkan,’’ katanya. – 2 Julai, 2024 calls for calm

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related