◉ HEADLINES

Jangkitan HIV dalam kalangan pelajar universiti meningkat saban tahun: Zambry

Peratus pelajar IPTA atau IPTS yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7 hingga 7.6% dari jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun tersebut

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan insitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia antara 18 hingga 25 tahun yang menghidap penyakit HIV menunjukkan peningkatan saban tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, berdasarkan notifikasi jangkitan kes yang dilaporkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 214 pelajar dijangkiti penyakit itu pada 2020 diikuti 186 pada 2021.

Menurutnya, angka itu meningkat kembali pada 2022 pada 2023 dengan masing-masing mencatatkan seramai 221 dan 224 pelajar dijangkit penyakit tersebut.

“Peratus pelajar IPTA atau IPTS yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7 hingga 7.6% dari jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin mengetahui secara terperinci jumlah pelajar IPTA dan IPTS yang menghidap penyakit tersebut setakat ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan mahasiswa, termasuk isu-isu melibatkan masalah kesihatan dan jangkitan penyakit.

Katanya, KPT menerusi Universiti Awam (UA) cenderung merancang dan melaksanakan pelbagai program memupuk budaya hidup sihat dan program berbentuk advokasi, kesedaran mahupun pencegahan berkaitan penyakit HIV kepada kumpulan terbabit.

“Sepanjang tempoh dari 2022 sehingga Jun 2024 sebanyak 77 program advokasi, kesedaran atau pencegahan berkaitan penyakit HIV telah dilaksanakan melibatkan 22,905 mahasiswa di UA,” katanya. – 3 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related