HEADLINES

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia

Mohamed Dzaiddin yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003 meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini

11:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court, di sini malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Apandi berkata, pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

“Jenazah akan dikebumikan esok pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah,” katanya.

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related